Pelakon Deja Moss menjelaskan dia tidak berniat untuk melukai hati sesiapa berikutan insiden pemberian bunga ketika tamat pementasan Terima Kasih Cinta (TKC) minggu lalu.
Deja berkata, 10 jambangan bunga yang dibelinya bersama pelakon Safura itu adalah untuk individu yang amat mereka hormati dalam pementasan terbabit.
Dalam mStar Online Rabu lalu pelakon Farahdhiya menegur Deja Moss dengan mendakwa penyanyi itu biadab kerana cuba memalukan dia dengan Norish Karman apabila tidak memberikan bunga kepada mereka.
Farahdhiya turut mendakwa ketika kejadian, pelakon Shajiri dan Tony Yusof telah menyerahkan bunga berkenaan kepada dia dan Norish tanpa mengetahui bunga itu bukan milik mereka berdua.
Deja memberitahu dia menghormati kawan-kawan yang baik dengannya dan sebab itulah jambangan bunga itu diberikan kepada mereka dan langsung tidak terfikir mengenai dua artis tersebut.
Ditanya apa perasaannya apabila dituduh sebagai artis yang biadab, Deja berkata perkara tersebut satu lumrah dalam kehidupan artis.
Malah Deja sendiri tidak kisah jika ada sesiapa hendak menuduhnya dengan melemparkan perkataan kesat dan bukan-bukan kerana niatnya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa.
Tambahnya, sebelum pementasan itu berakhir, dia telah memohon maaf daripada semua krew dan pelakon kerana bimbang jika ada mana-mana pihak yang tersinggung sepanjang pementasan itu berlangsung.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar